Tertuduh, Chia Tian Song, 49, membuat pengakuan bersalah terhadap dakwaan itu di hadapan Majistret, Nur Sulehan Abd. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tian Song sebagai pemilik dengan sewenang-wenangnya dan tanpa sebab telah melakukan tindakan yang menyebabkan kesakitan atau penderaan yang tidak wajar terhadap anjing tersebut.

Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) Akta 647 dan dibaca bersama Akta Binatang (pindaan) 2013 (Akta A1452) dan boleh dihukum bawah Seksyen 44(1) akta yang sama. - UTUSAN ONLINE