Mewakili peneroka, Mohd. Fadzil Ibrahim berkata, individu terbabit merupakan antara pihak yang bertanggungja-wab menandatangani perjanjian penyelesaian tanah berkenaan di Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

“Buat masa ini, kita tidak boleh mendedahkan kepada umum berkenaan individu tersebut dan menyerahkan se-penuhnya siasatan terhadap SPRM.

“Kita juga akan menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM bagi membantu agensi tersebut menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk SPRM Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE