Ketua Polis daerah, Deputi Su­perintenden Othman Sulai­man berkata, pihaknya belum mendapat sebarang petanda atau bukti untuk mengenal pasti identiti wanita terbabit.

Menurutnya, hal ini kerana belum ada mana-mana pihak atau keluarga yang tampil membuat laporan berhubung kehila­ngan ahli keluarga yang mungkin mempunyai kaitan dengan penemuan kepala mangsa, mes­kipun kes tersebut sudah pun disiarkan oleh media massa.

“Bedah siasat bagi menge­tahui punca kematian mangsa akan dilakukan sama ada di Hospital Sri Aman atau Hospital Umum Sarawak di Kuching, esok.

“Setakat ini, kita masih me­nunggu orang ramai tampil melaporkan tentang ahli keluarga yang hilang dan membuat pengecaman terhadap kepala tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 4.30 petang semalam, pen­duduk yang tinggal berham­piran Sungai Batang Lupar di Skait Lama gempar apabila me­nemukan kepala wanita tanpa badan terdampar di tebing su­ngai berkenaan.

Mayat mangsa berusia 20-an yang belum dikenal pasti identitinya itu, mempunyai rambut diwarnakan kuning dan mirip berketurunan Cina tetapi belum dapat disahkan kesahihannya.