SAHRUDDIN JAMAL
SAHRUDDIN JAMAL 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri masih menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Kertas siasatan mahkamah telah dihantar kepada Pejabat DPP dan pihak JAS diminta untuk menambah beberapa lagi maklumat untuk melengkapkan kertas siasatan tersebut.

“Justeru, pendakwaan masih belum dapat dibuat lagi sehingga arahan lanjut daripada pihak DPP diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Terdahulu, lebih 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah di sini seawal pukul 7 pagi untuk membuat liputan mengenai pendakwaan tersebut.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan kertas siasatan berhubung kejadian itu diserahkan kepada pejabat DPP untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM500,000, jika disabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE