Nota yang ditulis oleh pencuri iaitu ‘Aku berjanji apabila aku bekerja, aku akan pulangkan semula duit yang dicuri RM250. Saya minta maaf’.

Menurut seorang jemaah, Muhammad Saifuddin Sayuti, 25, kejadian itu disedari bilal surau berusia 60-an ketika dia hendak melaungkan azan dubuh di surau tersebut kira-kira pukul 5.20 pagi.

“Nota itu ditulis di bahagian belakang kitab al-Quran dan diletakkan di atas tabung yang telah diumpil oleh penjenayah tersebut.

“Berdasarkan nota tersebut, pencuri itu akan memulangkan semula wang dicuri selepas bekerja,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE