Difahamkan, sebelum kejadian, dua suspek lelaki berkenaan baru sahaja melarikan Toyota Hilux milik pasangan suami isteri dari sebuah stesen minyak di pekan Selising pada pukul 7 pagi.

Mereka yang bersenjatakan pistol mainan dan kelewang kemudiannya melarikan kenderaan tersebut sebelum dilaporkan terbabas dan merempuh sebuah rumah kedai kira-kira 10 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhamad mengesahkan kejadian itu berkata, kenderaan itu disamun di stesen minyak di pekan Selising selepas mangsa selesai mengisi minyak.

"Selepas 10 minit, kenderaan yang disamun terbabas di Kampung Bukit Bidang dan hasil siasatan kita menemukan pistol mainan, parang serta dua telefon bimbit," katanya.

Abdul Rozak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE