Ketua Polis daerah, Superitenden Zailanni Amit berkata, suspek yang dikesan memandu sebuah kenderaan pikap yang baru dicurinya, enggan berhenti apabila diarah berbuat demikian oleh tiga kereta peronda polis yang mengejarnya.

“Suspek yang cuba meloloskan diri dengan memecut laju dari Jalan Nyabau ke arah Kidurong enggan mematuhi arahan berhenti yang diberikan beberapa kali oleh polis.

“Malah, dia bertindak agresif apabila cuba merempuh kereta polis yang mengejarnya sehingga memaksa polis melepaskan tembakan amaran sebelum berjaya menangkapnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE