MOHAMMAD AZLIN SADARI
MOHAMMAD AZLIN SADARI 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tangkapan dibuat ekoran pengecaman positif mangsa bersama saksi kejadian bagi tujuan siasatan serta keadilan kepada kedua-dua pihak.

“Kami memberikan keutamaan berkaitan kes ini dan siasatan akan diselesaikan serta diputuskan dalam masa terdekat.

“Keputusan siasatan akan diambil berdasarkan kewajaran hak kepada mangsa dan tertuduh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, ibu suspek dalam akaun Facebook miliknya menceritakan anaknya yang mempunyai penyakit autisme telah memegang dada seorang wanita dewasa semasa mereka makan malam sambutan hari jadi anaknya itu di sebuah restoran.

Kejadian itu menyebabkan ibu bapa wanita tersebut telah membuat laporan polis walaupun ibu suspek sudah menjelaskan mengenai keadaan anaknya.

Dia memberitahu, anaknya yang mempunyai kapasiti mental budak berumur 13 tahun itu terpaksa bermalam di lokap pada hari jadinya akibat kejadian terbabit. -UTUSAN ONLINE