Dalam operasi kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini, suspek warga tempatan berusia 34 tahun dikatakan cuba menyembunyikan sesuatu di bawah tilam di ruang tamu rumah tersebut.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, hasil pemeriksaan di rumah itu menemukan satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di atas meja di sebuah bilik.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan satu laras senjata api jenis bakakuk di sembunyi di bawah tilam di bahagian ruang tamu manakala dua laras lagi senapang angin tergantung di pintu selain disandarkan dalam sebuah bilik.

“Selain syabu dan tiga laras senjata api, turut dirampas beberapa peralatan membuat senapang angin serta parang dan pisau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Nasaruddin, suspek yang di bawah pengaruh dadah kini ditahan reman Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960. - UTUSAN ONLINE