Ketua pergerakan itu, Muhammad Yusri Ismail berkata, beliau bersama 20 anggota pemuda membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, aksi gambar yang diedit itu sangat menjijikkan dan polis perlu menyiasat mengenainya termasuk membawa individu terbabit ke muka pengadilan.

“Aksi yang berunsur lucah dipaparkan dalam akaun ‘Mat Ju’ bertajuk ‘brim naik ngoti (sungguh)’ dengan memaparkan Najib sambil berdiri bersama dua gadis jelita sambil memegang sesuatu yang memalukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis, di sini, hari ini.

Yusri berkata, paparan itu berniat jahat bertujuan menjatuhkan imej Perdana Menteri di laman sosial dan tidak boleh dianggap sebagai senda gurau.

“Paling membimbangkan jika tidak dikawal akan menimbulkan dendam dan ketegangan antara parti yang bertanding menjelang Pilihanraya Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang semakin hangat.

“Saya memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut bertindak pantas mengesan pemilik akaun yang terlibat,” katanya. - UTUSAN ONLINE