Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian itu disedari seorang pengurus stor kedai menjual pakaian selepas menemukan label cermin mata jenama, Tommy Flat Top di bilik persalinan.

Katanya, pengadu kemudian pergi ke kaunter pembayaran untuk mengetahui sama ada cermin mata itu tertinggal di situ atau sebaliknya.

“Walau bagaimanapun, cermin mata itu tidak ditemukan dan pengadu telah meminta pengawal keselamatan memeriksa suspek yang sebelum itu kelihatan berminat dengan cermin mata yang diletakkan di ruang pameran kedai ber­­ke­naan,” katanya ketika dihubu­ngi di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan cermin mata itu bersama­nya yang dibalut dalam pakaian lama.

“Suspek yang datang bersama rakannya yang membeli pakaian di kedai tersebut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Abang Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati, suspek baru sahaja menamatkan PLAK pada Khamis lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, Johor dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.