Selain itu, pemilik kedai berkenaan yang berusia 58 tahun turut ditangkap di atas kesalahan menyimpan bekalas gas melebih had ditetapkan di dalam lesen iaitu hanya 70 kilogram bersamaan lima tong gas sahaja.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kes tersebut dirujuk kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Tawau untuk tindakan lanjut.

“Sepasukan polis daripada pelbagai cawangan IPD Tawau telah menjalankan operasi tersebut kira-kira pukul 10 malam tadi. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Fadil berkata, dalam operasi bersepadu itu juga seramai empat warga asing yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita ditahan mengikut Seksyen 6 (1) c Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas warga asing itu dilakukan di kawasan bandar, jeti Tanjung Batu Log Pond, rumah kongsi Batu 8, kawasan flat Batu 8 dan Kampung Titingan.

Katanya, secara keseluruhan seramai 90 orang telah diperiksa yang terdiri daripada 58 lelaki dan wanita pula 32 orang. - UTUSAN ONLINE