Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai motif dan dalang di sebalik insiden tersebut kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Kita sedang dalam proses mengenal pasti suspek. Kejadian itu dilakukan pembunuh upahan,” katanya ringkas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, pemilik gimnasium berusia 45 tahun parah di bahagian muka selepas satu daripada tujuh das peluru yang ditembak ke arah­nya menembusi pipi kanannya.

Ketika kejadian, mangsa sedang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) bersama pembantunya, seorang warga Indonesia berusia 43 tahun yang turut parah terkena tembakan di perut.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati, selain menjalankan perniagaan gimnasium, mang­sa turut terbabit dalam aktiviti pinjaman wang haram atau 'ah long'.