Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis percaya penembak upahan tersebut mungkin dari negara asing yang diupah untuk melakukan pembunuhan berkenaan.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ketua Polis Kedah telah mengemaskini semua maklumat kepada saya.

“Walaupun mungkin penembak upahan daripada luar negara, tetapi dengan kerjasama Bantuan Perundangan Bersama dan kerjasama perkongsian maklumat perisikan, kita akan cari sehingga dapat dan ditangkap untuk dibawa ke mahkamah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) hari ini. - UTUSAN ONLINE