Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari, apabila mangsa yang berusia 22 tahun itu sedang melakukan proses penghantaran barangan di sebuah kedai runcit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria berkata, secara tiba-tiba dua lelaki berusia lingkungan 20-an memasuki kedai dengan salah seorang daripada bersenjatakan pisau.

“Mangsa yang cuba menghalang cubaan samun itu tetapi dilibas oleh suspek di bahagian bahu dan pinggang sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Nissan berwarna kelabu.

“Mangsa telah dihantar ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE