Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria berkata, lelaki berusia 37 tahun merupakan warga tempatan itu memiliki pistol tiruan jenis Walther P99 dan 50 butir peluru blank (peluru kapur).

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit memiliki pistol dan aksesori pakaian seragam sejak sebulan lalu. Kita turut merampas sarung pistol, kad nama berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Antarabangsa (Interpol) dan gari palsu.

“Buat masa ini kita sedang menyiasat sama ada lelaki ini pernah menyamar sebagai polis atau terlibat dengan mana- mana jenayah lampau,” katanya.-UTUSAN ONLINE