Majistret Analia Kamaruddin membenarkan suspek berusia 31 tahun itu direman selama bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Suspek lelaki tersebut ditahan di Felda Menggong, Alor Gajah pada pukul 7.15 malam tadi oleh sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.

Menurut sumber, SPRM negeri mengesan suspek telah memasukkan wang biasiswa pelajar di sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri bernilai lebih RM35,400 ke dalam akaun peribadinya menerusi satu transaksi terkini.

“Melalui semakan awal dokumen mendapati, jumlah penyelewengan yang dilakukan oleh suspek sebelum ini telah mencecah hampir RM2.5 juta bagi penyaluran biasiswa untuk diagih-agihkan kepada 77 buah sekolah di negeri ini,” katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE