Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, pemuda berusia 22 tahun itu dikatakan turut mengelar tangannya sebelum bertindak melarikan diri ketika rumah bot berkenaan berhenti di kawasan rekreasi tersebut. 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata,
operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berasal dari Kampung Temir, Kuala Berang itu dimulakan pukul 8 pagi ini membabitkan 23 pegawai dan anggota iaitu polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Marin Tasik Kenyir di samping empat bot. 

Katanya, sejurus selepas kejadian rakan-rakan mangsa turut berusaha menjejaki lelaki itu namun pencarian mereka gagal.

"Mengikut maklumat awal, mangsa dikatakan mempunyai masalah berkaitan dadah dan juga bergaduh dengan isteri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE