Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu berusia lingkungan 30-an itu mendapati negatif dadah.

"Permohonan reman dibenarkan selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membantu siasatan mengikut Seksysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahsmon bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada pemandu lori terbabit mempunyai sebarang rekod lampau.

Semalam seorang juruteknik elektrik, Mohd. Firdaus Januri, 34, dan isterinya, Norlia Osman, 33, maut selepas kereta Honda Civic yang dinaiki mereka dilanggar treler tersebut. Kemalangan pada pukul 12.33 tengah malam itu, turut meragut nyawa dua anak mereka Muhammad Adli, 6, dan Nur Dalili, 4 tahun. - UTUSAN ONLINE