Adnan
AHMAD ADNAN

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata, hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadap pemandu berusia 41 tahun dari Alor Setar, Kedah itu mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan malam tadi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar mendapati lelaki itu positif dadah.

"Bagaimanapun, berdasarkan semakan, lelaki yang kini ditahan untuk siasatan lanjut itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya. - UTUSAN ONLINE