Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, mangsa , P. Saravanan, 46, ketika itu dipercayai sedang memandu ke arah Butterworth dari pusat bandar.

Katanya, setibanya di Kilometer 6.3, mangsa dipercayai pengsan menyebabkan lori dipandunya berundur ke belakang dan dilanggar sebuah teksi.

" Dia telah meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya manakala pemandu teksi tidak mengalami kecederaan," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE