Ketua Unit Pendakwaan AADK negeri, Aziz Musa berkata, dua lagi lelaki adalah kelindan dari dua buah lori lain dan kesemuanya ditahan kerana positif dadah.

Katanya, mereka yang berumur dari 22 hingga 38 tahun ditahan semasa operasi bersepadu yang dijalankan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Puspakom, polis dan PLUS Malaysia Berhad.

“Ketiga-tiga individu tersebut disyaki positif dadah jenis syabu ketika menjalani saringan ujian air kencing semasa pemeriksaan lanjut ke atas mereka,” katanya di sini.

Ujarnya, operasi yang bermula pukul 10 hingga 12 tengah malam disertai 13 pegawai dan 52 anggota dari pelbagai agensi berkenaan. - UTUSAN ONLINE