Tertuduh, Ooi Beng Leng,47, didakwa mengikut Seksyen 39(B) (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B) (2) akta sama .

Beng Heng yang diwakili peguam Datuk Micheal Chee didakwa mengedar dadah seberat 1,065,575 gram pada 31 Ogos lepas di No 51, Jalan Perusahaan, Jelutong kira -kira pukul 4.40 petang.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Mahadi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret L. Umma Dewi tidak menawarkan jaminan dan kes ditangguhkan sehingga 16 November depan untuk menunggu laporan kimia. - UTUSAN ONLINE