Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada pukul 1 petang.

“Hasil pemeriksaan polis menemukan empat peket plastik lutsinar berisi syabu bersama wang tunai RM121 di dalam poket seluar suspek.

“Suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Wangsa Maju,” katanya. - UTUSAN ONLINE