Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal turut memerintahkan tertuduh, Faizal Jumari, 32, menjalani hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membawa 14 ekor lembu menggunakan lori di kawasan yang diwartakan sebagai kawasan kawalan penyakit kuku dan mulut tanpa perakuan kebenaran pindah yang sah daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Negeri Johor atau wakilnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Kilometer J262 Jalan Kulai-Kota Tinggi pada pukul 5 petang, 15 November tahun lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh telah melanggar kehendak peruntukan Perenggan 2 (a)(iii) Kawasan Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut Negeri Johor 2005 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452.

Jika Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda maksimum RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, Mohd. Faiz Ajis manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE