Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, suspek berusia 30 tahun direman bermula semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita melakukan ujian pemeriksaan darah dan telah dihantar ke hospital untuk menentukan tahap kandungan alkohol pemandu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi semalam itu, mangsa, Mohd. Fadhlan Mohd. Shahidi, 32, yang berasal dari Pekan dan Mohd. Misran Mohd. Daim, 44, berasal dari Mersing, Johor meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut yang menghala ke Endau dipercayai dalam keadaan mabuk. - UTUSAN ONLINE