Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu mangsa berusia 27 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di tempat duduk belakang keretanya selepas dilaporkan hilang ketika keluar membawa grab.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa dan hanya mengalami melecet di lehernya.

Ujarnya, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian juga mendapati tiada sebarang senjata ditemukan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan memandangkan tiada saksi yang melihat kejadian malah tiada kamera litar tertutup ditemukan sepanjang lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”. katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE