Tertuduh, N. Shasi Kumar, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Tertuduh didakwa memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian penumpang bas ekspres,, Chan Kwai Dah, 43, dalam kemalangan di Kilometer 294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pada pukul 5.45 pagi semalam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE