Tertuduh, Muhammad Izuan Ayub, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Izuan didakwa mencuri satu jam tangan jenama Swatch edisi Rio 2016 bernilai RM600 milik Norzazarina Omar, 40.

Perbuatan itu dilakukan Jalan UiTM, Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Seksyen 1 di sini, antara pukul 8 hingga 9 malam, 17 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE