Menurut wanita berkenaan dalam video yang viral di media sosial, lelaki tersebut mahu membeli minyak masak sebanyak tiga peket sedangkan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua paket sahaja minyak yang diberikan subsidi tersebut.

"Dia masuk pusing-pusing, dia letakkan barang dekat sana. Kemudian dia kata, dia hendak tiga paket minyak masak.

"Saya kata tak boleh, sorang hanya boleh beli dua paket sahaja. Minyak paket pun ada sikit sahajakan. Kami nak beri pelanggan lain sama. Lepas tu dia tengking. Dia cakap perkataan kotor. Dia tak puas hati dia datang terus pukul saya," kata Athirah.

Menurut wanita itu, lelaki berkenaan menamparnya dengan kuat. Video dia ditampar yang dipercayai berlaku pada 8.40 pagi Selalsa turut tular di media sosial.

Sementara itu menurut The Star polis kini memburu lelaki berkenaan.

“Suspek tiba ke kedai untuk membeli tiga paket minyak masak, tetapi juruwang memberitahu pelanggan hanya dihadkan membeli dua paket seorang. Oleh sebab itu, mangsa mengalami kesakitan belakang dan gusar diugut oleh suspek," kata Supt. A. Anbalagan

Untuk rekod ketika ini hanya minyak masak daripada komoditi sawit yang dipaket seberat satu kilogram diberikan subsidi 60 sen oleh kerajaan pada harga RM2.50.

Sementara bagi minyak masak masak daripada komoditi sawit yang dibotolkan tidak mendapat sebarang subsidi.-UTUSAN ONLINE