Difahamkan dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu, pelakon tersebut yang menaiki kenderaan Range Rover melanggar sebuah kereta Honda BRV milik seorang lelaki tempatan yang kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Sepasukan polis peronda yang tiba di lokasi kejadian mendapati pelakon tersebut dilihat berada dalam keadaan khayal sebelum membawa wanita berusia 25 tahun itu ke Balai Polis Taman Dr. Ismail di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mengesahkan penahanan itu dan pelakon terbabit telah dibebaskan sebentar tadi dengan jaminan polis selepas siasatan lengkap telah dilakukan terhadapnya. - UTUSAN ONLINE