Dalam tangkapan menerusi Op Lejang pada pukul 9.30 semalam dan 5.30 pagi hari ini, kedua-dua suspek itu ditahan di dua lokasi berasingan di Kampung Keledang dan Kampung Kandang Hilir dekat Kota Lama Kanan di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, semakan ke atas nombor casis dan enjin yang ditemukan adalah bersabit dengan kehilangan sebuah motosikal di Masjid Kota Lama Kiri pada 1 Februari lalu.

"Suspek pertama berusia 15 tahun dan tidak bersekolah sementara suspek kedua adalah pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun.

"Polis telah merampas komponen motosikal yang dileraikan sewaktu melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Keledang," katanya di sini hari ini 

Tambah beliau, antara kompenen yang dirampas termasuklah tangki minyak motosikal jenis Honda EX-5 termasuk rangkanya selain penghadang angin dan ekzos motosikal berkenaan.            

Sehubungan itu katanya, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 12 Februari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE