Ketua Polis Daerah,  Superintenden Ab. Rashid Mat Daud berkata, pelajar tersebut didapati positif dadah jenis  Methamphetamine hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atasnya.

 "Remaja berkenaan ditahan untuk di siasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Abdul Rashid memberitahu, dalam operasi tersebut sebanyak 12 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didapati melanggar peraturan.

 Katanya, sebanyak 90 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut. - UTUSAN ONLINE