Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku selepas pasangan itu bertengkar.

Menurut beliau, polis telah menahan suspek yang berusia 25 tahun.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang ini.

"Siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah mental. Polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang di bawah bukit di tepi lebuh raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE