Difahamkan, mangsa Muhammad Hafiz Zainal Epi, 23, merupakan pelajar di Imperial College, London.

Berita kematian tersebut disahkan bapanya yang juga bekas wartawan The Star, Zainal Epi.

Menurutnya, dia sekeluarga akan bertolak ke London esok untuk urusan pengebumian anaknya di sana.

“Arwah tidak pernah memberitahu jika dia ada mengalami sebarang sakit sebelum ini dan pemergiannya mengejutkan kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, portal berita Metro dari UK melaporkan, polis menerima laporan penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 5.43 petang semalam.

Jelas portal tersebut, jurucakap polis memberitahu mayat lelaki itu ditemukan di dalam tasik dan punca kematian masih lagi dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE