PELAJAR kolej ditahan kerana disyaki menunggang motosikal dilaporkan hilang dapam Op Samseng Jalanan
PELAJAR kolej ditahan kerana disyaki menunggang motosikal dilaporkan hilang dapam Op Samseng Jalanan 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, remaja yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 tersebut ditahan oleh sepasukan anggota trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Chuah Seong Lim berkata, hasil semakan nombor enjin motosikal itu mendapati ia dilaporkan hilang di Cheras, Selangor, kira-kira tiga tahun lalu.

"Remaja dan motosikal terbabit kemudian dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Seong Lim, lelaki berkenaan yang berasal dari Sungai Petani, dekat sini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan. - UTUSAN ONLINE