Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, pelajar berusia antara 19 dan 20 tahun berkenaan sedang tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.

Seorang daripada mereka membuka pintu dan lima lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan menyatakan mahu membuat pemeriksaan kerana mendakwa mereka menyimpan ganja di dalam bilik.

Ketiga-tiga pelajar itu kemudian menegaskan mereka tidak pernah menyimpan ganja namun ‘anggota polis’ tersebut terus menggeledah bilik mereka dan mengambil barang peribadi seperti telefon bimbit, komputer riba, permainanan video xbox, kasut dan wang tunai.

Difahamkan, dua daripad tiga pelajar itu kemudiannya ditumbuk selepas kedua-dua lelaki berkenaan kononnya menemukan sebiji pil di dalam bilik.

Ekoran itu, pelajar terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Cyberjaya, Putrajaya kira-kira pukul 8 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE