Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, remaja yang di Taman Impian Emas di sini itu membuat laporan polis pada hari sama. 


Menurut beliau, mangsa diserang pukul 1.05 petang di Jalan Impian Emas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas. 


“Pengadu didatangi empat individu yang mana seorang daripadanya dikenali pengadu sebelum diajak untuk menyertai kumpulan kongsi gelap mereka. 


“Pengadu yang menolak ajakan tersebut terus dipukul sehingga cedera di beberapa bahagian badan sebelum mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE