Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nur Hayatie Mohd. Saini selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Lelaki berusia 38 tahun yang bekerja di TNB cawangan Seremban tiba di mahkamah pada pukul 10.28 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Dia ditahan oleh SPRM pada pukul 12 tengah hari di pejabatnya dan wang sogokan RM280 dijumpai di lokasi tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE