Kejadian cemas berlaku pada pukul 3.40 pagi itu berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang menjadi tular selepas itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden (DSP) Lee Chong Chern berkata, suspek yang bersenjatakan parang dan pisau pemotong daging telah menyerbu masuk ke kedai serbaneka berkenaan menyebabkan pekerja terbabit berada dalam keadaan ketakutan.

“Suspek terus bertindak memecahkan mesin juruwang dan mengambil kesemua wang kertas didalamnya yang dianggarkan berjumlah RM152.

“Selain wang tunai, kedua-dua suspek turut mengambil beberapa kotak rokok jenama Dunhill sebelum melarikan diri menaiki dua motosikal,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, rakaman CCTV berdurasi 51 minit memperlihatkan salah seorang suspek memakai jaket berwarna hitam dan topi keledar penuh juga berwarna hitam menyerbu masuk ke tengah kedai lalu menakutkan pekerja terbabit dengan parang yang dibawa menyebabkan mangsa segera berlari menyelamatkan diri.

Pada masa sama, rakan suspek yang memakai topeng penuh berwarna hitam terus melompat ke atas kaunter juruwang, memecah mesin dan mengambil wang di situ. - UTUSAN ONLINE