Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam tadi, suspek bersama rakannya yang masing-masing berusia 24 tahun ditahan polis di Jalan Bumbung Lima selepas dipercayai melakukan kegiatan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian disedari jiran mangsa yang curiga apabila melihat kelibat dua lelaki masuk ke kedai berkenaan berkenaan melalui pintu belakang dan mengecam nombor pendaftaran kereta digunakan.

“Siasatan mendapati suspek dengan mudah membuka pintu belakang kedai melalui tingkap di sebelah pintu berkenaan dan tiada kesan umpil,” katanya di sini hari ini.

Noorzainy memberitahu, ketika ditahan, anggotanya merampas pelbagai bahan membuat kek antaranya serbuk koko seberat lima kilogram (kg); 25 kg susu krim; 22 kg kacang badam; 12 kg keju serta beberapa barangan lain yang dianggarkan bernilai RM6,000.

“Ujian air kencing pula mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine namun mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE