Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut pada pukul 7.45 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan lewat 30an, dijumpai terbaring berseluar dan tidak berbaju di atas lantai tempat letak kenderaan di hadapan sebuah rumah dengan kesan kelar di sebelah kiri leher.

SUPERITENDAN WAN AZHARUDDIN WAN ISMAIL
SUPERITENDAN WAN AZHARUDDIN WAN ISMAIL 

Beliau berkata, lokasi kejadian merupakan sebuah rumah banglo tidak berpenghuni dan telah ditinggalkan pemiliknya dua bulan lalu ekoran berpindah ke Kuala Lumpur.

“Jarak jalan utama ke tempat kejadian adalah kira-kira lima kilometer dalam kebun kelapa sawit. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada badan si mati tetapi pemilik kebun berdekatan memaklumkan mangsa berketurunan Myanmar.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan dua bilah pisau dan panjang luka adalah kira-kira 13 sentimeter. Mangsa dipercayai telah mati lebih daripada 10 jam,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE