Dalam kejadian kira-kira pukul 5.35 pagi itu, suspek berusia 22 tahun yang memakai penutup muka, turut membakar stor barangan perkakasan di tingkat satu hotel sebelum melarikan diri.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah berkata, ekoran kejadian tersebut, mangsa berusia 22 tahun itu luka di kepala dan dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan.

“Pihak polis memulakan siasatan sebaik sahaja menerima panggilan daripada mangsa. Apabila tiba di lokasi kejadian, kelihatan banyak asap dan sebanyak 13 pelanggan hotel telah diarahkan keluar dari bangunan.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan pekerja hotel di bahagian 'housekeeping'. Pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan semua barang kes dirampas,” katanya di sini hari ini.

Harith memberitahu, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid memberitahu, stor berkenaan terbakar 10 peratus serta dipadamkan dengan bantuan tiga jentera dan 10 anggota. - UTUSAN ONLINE