Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pekerja guna kad hijau palsu

Pekerja binaan guna kad hijau palsu
Pengarah CIDB Pulau Pinang Mohd. Faizal Abdul Hamid (kanan) menemubual Mad Hussein (dua dari kanan) yang memiliki kad hijau palsu ketika diperiksa pada Operasi Tapak Binaan di Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN ONLINE

BATU KAWAN 16 Mei - Seorang pekerja asing dikesan menggunakan kad hijau palsu yang dikeluarkan ejen ketika diperiksa dalam Operasi Tapak Binaan yang dilakukan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di tapak projek di sini hari ini.

Pekerja yang berasal dari Bangladesh itu dipercayai telah membayar sebanyak RM3,400 kepada ejen untuk mendapatkan permit kerja dan tambahan RM100 lagi untuk kad hijau CIDB.

Menurutnya yang dikenali sebagai Mad Hussein, dia datang ke Malaysia sejak lima tahun lalu sebelum diperkenalkan kepada ejen terbabit.

"Saya bayar RM3,500 kepada ejen untuk dapat permit kerja dan kad hijau ini.Saya betul-betul tak tahu kad ini palsu," dakwanya ketika ditemu bual oleh Pengarah CIDB Pulau Pinang Mohd. Faizal Abdul Hamid.

Sebanyak lapan agensi terlibat dalam operasi di dua tapak pembinaan itu yang bermula dari pukul 10 pagi hingga satu petang. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain