Chin Peng, 49, mengaku salah di depan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof selepas pertuduhan kali pertama dibacakan ke atasnya.

Bapa kepada empat anak itu didakwa memberi suapan sebanyak RM2,000 kepada pegawai MKN, Sanifah Yusof agar tidak dikenakan tindakan ke atasnya yang mengusaha kebun secara haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan

di Vintage Tea Lounge, Hotel Heritage, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands pada 10 April 2015 kira-kira pukul 9.15 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama. - UTUSAN ONLINE