Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pejabat syarikat insurans dipecah masuk

Jenaya
PEJABAT sebuah syarikat insurans yang dipecah masuk penjenayah mengakibatkan kerugian RM8,000 di Taman Melaka Raya, Banda Hilir awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE

MELAKA 13 Sept. - Pejabat sebuah syarikat insurans yang terletak tidak jauh dari pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Taman Melaka Raya di sini dipecah masuk mengakibatkan kerugian kira-kira RM8,000, awal pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 pagi oleh suspek yang lebih daripada seorang dan melarikan enam unit komputer riba milik pekerja syarikat itu.

Menurut jurucakap polis, suspek dipercayai memasuki premis tiga tingkat tersebut dengan mengumpil pintu jeriji sebelum naik ke tingkat dua yang menempatkan pejabat pemasaran melalui tangga hadapan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui panggilan telefon pada pukul 6.45 pagi.

"Siasatan awal mendapati alat penggera berbunyi semasa pejabat dipecah masuk namun dimatikan oleh suspek.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  menunjukkan tiada kesan geledah berlaku dan suspek meninggalkan premis dengan menggunakan laluan sama sambil membawa beg galas dipercayai berisi hasil curi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Afzanizar, pasukan forensik yang melakukan siasatan turut menemui beberapa kesan cap jari di lokasi kejadian.

Beliau berkata, selain pejabat pemasaran, premis tersebut turut menempatkan pejabat bahagian operasi yang terletak di tingkat bawah serta bahagian insurans di tingkat tiga namun tidak dipecah masuk.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain