Kejadian disedari Eksekutif Jabatan Pemasaran cawangan Melaka, Saifuddin Sarmin, 31, sebaik sahaja beliau datang ke pejabat itu pada kira-kira pukul 8 pagi ini.


Menurut beliau, penjenayah dipercayai memecah masuk menerusi pintu belakang jabatan itu yang berkongsi dengan pejabat Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (Umes) yang terletak di tingkat satu bangunan dua tingkat kerana terdapat kesan umpil pada kunci pintu.


“Sebaik sahaja saya masuk ke pejabat, saya dapati ruang premis berselerakan namun hasil pemeriksaan, penjenayah melarikan wang tunai petty (petty cash) syarikat berjumlah kira-kira RM500 dan sebuah komputer riba milik Eksekutif Jualan Jabatan Pemasaran Melaka, Siti Hajar Halim, 25, bernilai kira-kira RM1,500.


“Susulan kejadian itu, pihak kami membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir pukul 11 pagi ini berhubung kejadian tersebut dan ini merupakan kali pertama kejadian pecah masuk berlaku di Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Melaka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE