J. Shanti, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang anak guamnya, Yap Keow Eng, 58, yang berjumlah RM5,428,571.40.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Firma Shanti Jeyapalan, Zeti Zulfah & Partners, E-5-05, Blok E, Oasis Square, Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara, pada 29 April 2015.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE