Tertuduh, Maizaili Mohamed, 53, yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM17,000 daripada Toh Seng Huat melalui akaun Maybank Islamic Berhad miliknya yang merupakan hasil aktiviti haram.

Pertuduhan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad Cawangan Muar, No. 104, Jalan Abdullah 80400, Muar, Johor antara 16 Februari hingga 15 Mei 2017.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd. Farez Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi pengurusan dan lantikan peguam pada 8 Mei ini. - UTUSAN ONLINE

Habis.