Perintah berkenaan turut dikeluarkan Majistret, Muna Maria Azmi terhadap seorang ejen insurans dan seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, kesemua mereka dipercayai terlibat memberi dan menerima rasuah bagi menyelesaikan saman, prosedur keselamatan jalan raya dan pemalsuan lesen memandu.

Turut direman seorang pegawai JPJ Perak bersama eje insurans manakala seorang kerani wanita berusia 39 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya direman selama empat hari.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengesahkan penahanan kesemua mereka dalam beberapa operasi di sekitar negeri ini, Kedah, Perak, Selangor dan Sabah. - UTUSAN ONLINE.